Wednesday 18 April 2012

MEMBUDAYAKAN ICT DIKALANGAN JURURAWAT

Masyarakat Malaysia di abad ke-21 merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Masyarakat sangat bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan, pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam amalan hidup seharian. Oleh kerana kuatnya pergantungan kepada teknologi maklumat itu, pembudayaan ICT dikalangan jururawat sangat penting kerana kualiti   perkhidmatan akan bertambah baik jika ICT digunakan dan diterapkan kepada semua jururawat kerana ia  boleh meningkatkan mutu perkhidmatan serta dapat melahirkan jururawat yang berpengetahuan dan celik IT. Bagi menjayakan pembudayaan ICT dikalanagan jururawat  beberapa langkah perlu di fikirkan. Oleh itu saya mengalu-alukan kawan seperjuangan memberi tip-tip ataupun komen-komen yang berguna untuk dikongsi bersama.

NAMA                                    : SUZELAH SELAMAT
NO. MATRIK                         : A 135261
TAHUN PENGAJIAN            : 2
FAKULTI                               : PERUBATAN
EMAIL                                   : szy14@yahoo.com
FACEBOOK                          : SUZELAH SELAMAT

10 comments:

  1. Pada pendapat saya pembudayaan ICT adalah amat penting diterapkan kepada jururawat.Ini bukan sahaja memberi peluang kepada jururawat untuk menambahkan pengetahuan ,tetapi juga dapat memberi jagarawatan yang terbaik kepada pesakit dengan adanya ilmu di hujung jari.

    ReplyDelete
  2. saya berharap pihak dapat menjalankan kursus untuk jururawat masa kini untuk menerapkan diri dalam dunia ict

    ReplyDelete
  3. ict penting untuk kita meluaskan ilmu dalam perawatan pesakit

    ReplyDelete
  4. 1. Penggunaan ICT pada masa kini dikalangan jururawat memainkan peranan yang penting kerana ianya dapat membantu jururawat untuk melakukan jagarawatan keatas pesakit dengan lebih efisien dan selamat.
    2. Pada masa kini kebanyakan wad – wad terutamanya di PPUKM menggunakan komputer dan komputer riba secara meluas bagi mengakses data- data peribadi pesakit, proses kemasukan dan proses discaj dari wad.
    3. Halangan – halangan yang mungkin dihadapi oleh para jururawat adalah sukar untuk mencari masa yang sesuai untuk menggunakan komputer semasa bertugas dan tidak mahir dalam menggunakan komputer atau komputer riba.
    4. Disisini saya ingin memberikan cadangan supaya para jururawat dapat menghadirkan diri dalam kursus- kursus yang melibatkan penggunaan komputer dengan lebih kerap supaya dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer mereka.
    5. Penggunaan ICT terutamanya dalam penggunaan komputer dapat membantu dalam proses membantu dalam perawatan pesakit dan dapat membantu dalam pemberian maklumat seperti berkenaan dengan penyakit dan ubatan.
    Nama : Siti Artinie Bt Mohd Nazri
    No.Matrik : A 134853

    ReplyDelete
  5. jururawat perlu banyak pendedahan dalam ICT ini , jadi pihak-pihak berkenaan haruslah memainkan peranan dengan menghantar jururawat ke kursus-kursus yang berkaitan ICT.

    ReplyDelete
  6. Penggunaan ICT di dalam bidang kejururawatan amat penting sebagai medium dalam memberi jagarawatan kepada pesakit, kerana ia mempercepatkan proses kerja serta mampu membina satu standard kualiti yang terkawal dan secara tidak langsung ICT juga adalah sebagai alat pemangkin di dalam jagarawatan yang berkesan dan lebih efisyen.

    NOR RINA MAHAWAR (A134817)

    ReplyDelete
  7. Mengaplikasikan ICT dalam jagarawatan perlu diperluaskan agar skop khidmat jagaan tidaklah hanya berada di dalam wad atau hospital sahaja malahan ianya perlu berterusan waima dimana sahaja pesakit itu berada masih boleh berhubung untuk mendapatkan nasihat jagaan kesihatan yang berterusan.

    ReplyDelete
  8. Saya bersetuju dengan langkah-langkah yang dihuraikan di atas.Dalam menghadapi era serba canggih dan globlsasi ini para jururawat perlu mahir menggunakan kemudahan ICT.Bagi merealisasikan matlamat tersebut banyak pihak sepatutnya memainkan peranan dalam menjayakan matlamat ini.Kemudahan peralatan mencukupi seharusnya perlu disediakan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran hospital dapat membantu jururawat melakukan tugasan dengan cekap dan lancar.Disamping memberi perawatan yang berkesan dan efisien

    ReplyDelete
  9. Seseorang jururawat dapat merangka perawatan yang berkesan dan berterusan bagi membawa perubahan dinamik dalam penjagaan dan perawatan pesakit. Kelebihan internet secara berterusan dapat membantu jururawat dalam melancarkan proses jagarawatan pesakit melalui pelbagai perkara contohnya dari segi perawatan,ubat-ubatan,penjagaan rawatan pesakit dirumah,rawatan susulan,keselamatan pesakit di wad dan dirumah.Dengan adanya internet berterusan di dalam bidang kejururawatan ini dapat meningkatkan pendidikan jururawat dalam memberi perkhidmatan terbaik bagi pesakit-pesakit.

    ReplyDelete
  10. Saya amat bersetuju bahawa membudayakan ICT di kalangan jururawat adalah satu keperluan di dalam memantapkan kualiti perkhidmatan kejururawatan di mana memerlukan kemahiran serta kepakaran khas di dalam bidang tersebut.Kita perlu bergabung tenaga dalam mencetuskan idea-idea untuk melakukan penambahbaikan demi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi melalui bidang kepakaran.
    SITI ROKIAH YUSOF ( A134816 )

    ReplyDelete